Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Viral Video Pekerja Kilang Dipercayai Dipukul Majikan Guna Kayu

Baru-baru ini, tular beberapa video di media sosial memaparkan seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah kilang dipukul oleh majikannya menggunakan sebatang kayu.

Video lelaki dipukul tersebar

Memetik laporan Harian Metro, kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah kilang di Senawang, Negeri Sembilan itu memperlihatkan dua lelaki memakai baju putih dengan seorang daripadanya memegang objek dipercayai sebatang kayu. Lelaki terbabit dilihat beberapa kali memukul pekerjanya di bahagian badan. Mangsa dilihat cuba menyelamatkan diri namun dia dikejar dan terus dipukul.

Menerusi rakaman ketiga pula menunjukkan kesan lebam di beberapa bahagian badan seorang lelaki dan lelaki tersebut dipercayai dipukul dan mempunyai kaitan dengan video yang tular sebelum ini.

Susulan daripada itu, Ketua Polis Daerah Seremban iaitu Asisten Komisioner Nanda Maarof meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil ke balai polis untuk membuat laporan.

Polis mengesan video kejadian ini sejak petang kelmarin yang mendakwa seorang pekerja kilang dibelasah majikannya sehingga lebam pada badan.

Jika ada mana-mana pihak atau individu yang tahu mengenai kejadian itu terutama perakam, mereka diminta hadir ke balai polis untuk membuat laporan. Kami akan menjalankan siasatan.

Video

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.