Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Filem Seram Indonesia: Lokasi Penggambaran “Pengabdi Setan 2” Viral, Netizen Indonesia Kunjung Rumah Pangsa Yang 11 Tahun Tak Berpenghuni

Filem seram, Pengabdi Setan 2 yang baru sahaja ditayangkan di panggung yang telah menjadi fenomena. Bukan sahaja di Indonesia, malah di Malaysia turut menjadi perbualan ramai.

 

Lokasi penggambaran tular di media sosial

Filem arahan pengarah terkenal, Joko Anwar itu menjalankan penggambaran di rumah pangsa yang sudah lama tidak di diami yang terletak di Sumber Arta, Bekasi yang terletak 30 kilometer (km) dari Jakarta, Indonesia.

Lokasi rumah pangsa itu tular kerana terdapat beberapa pencipta kandungan (content creator) serta selebriti media sosial menjumpai kediaman terbabit. Susulan daripada itu, orang ramai berpusu-pusu datang ke rumah berkenaan untuk bergambar serta membuat konten di media sosial. Mereka hadir ke lokasi itu kerana perasaan ingin tahu selepas menonton filem tersebut.

Menurut seorang petugas di kawasan parkir, mereka datang pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dan bimbang akan berlakunya kerasukan kerana bangunan terbabit sudah lama tidak berpenghuni.

  • Ramai orang datang hari Jumaat, Sabtu dah Ahad. Jadi koordinator bangunan sampai tak boleh nak masuk. Takutnya jadi kerasukan sebab bangunan ini tidak berpenghuni.

11 tahun tak berpenghuni sama sekali

Dalam pada itu, pihak penguatkuasa menjelaskan bahawa pihak pengurusan rumah pangsa berkenaan meluahkan rasa kesal dengan kuasa viral sehingga menyebabkan kawasan terbabit dipenuhi orang awam.

  • Sudah tidak boleh pergi ke rumah pangsa. Tidak boleh lagi bercakap pasal hal ini juga, katanya.

Walau bagaimanapun, salah seorang pengunjung yang hadir mengatakan mereka tidak dibenarkan untuk naik ke tingkat atas kerana bangunan tersebut sudah tidak berpenghuni selama 11 tahun.

  • Mula ditayangkan 4 Ogos lalu, esoknya ramai yang datang sini lepas tu ramai yang nak naik atas. Katanya dulu pernah ada kejadian rasuk, jadi takut kalau ada apa-apa sebab itu kami dilarang naik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.